Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 17, 2008

Bank ke-4 terbesar didunia muflis


NEW YORK – Dalam satu bencana kewangan yang dianggap antara terbesar dalam sejarah Wall Street, New York, bank keempat terbesar di dunia, Lehman Brothers memfailkan untuk muflis selepas Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) enggan menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan institusi kewangan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

sebutir kata:
Bank terbesar boleh muflis, petanda awal bahwa kemelesetan ekonomi dunia kian parah, kemelesetan itu kian menghampiri dan dah terasa dah oleh rakyat kebanyakan, kekesalan kita pada pihak kerajaan yang masih tiada jawapan konkrit bagi menyelesaikan masaalah rakyat marhaen.. barang kian mahal, kuasa membeli amat terhad sedangkan keperluan menimbun hari ke hari..

Jangan habaq kat aku la raya ni jangan beli baju baru kat anak, bukan kat aku.. jangan bagitau tak payah daging ngan ayam la, bawa semua raya rumah orang tua.. tolong jangan bagitau raya rumah orang tua kita tak payah keluaq belanja.. jangan pekena aku hutang kereta ngan hutang rumah tak payah bayaq dibulan raya nie.. mampuih hidup balik pun orang tak percaya.. inilah cabaran2 sebagai rakyat marhaen dibumi Malaysia tercinta.. pemimpin tak pa la masih ada masa suka2 main tarik tali, kami anak beranak nak main apa.. main tarik rambut... hangpa tau ka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails