Sahabat adalah perisai diri

Friday, September 5, 2008

Black Pepper Chicken

Sempena bulan Ramadhan penghulu segala bulan ini, dikepilkan disini resepi ayam berlada hitam untuk anda cuba dirumah untuk berbuka atau bersahur.. aku dah cuba tengok dah.. gambar ni pun aku snap dalam periuk masa bini aku lepas je masak.. tak caya.. tanya aku..


BAHAN2:
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung [bancuh]
1/2 cawan air
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
Garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang [potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

CARANYA:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.

sebutir kata:
Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti, masukkan setengah didalam bekas plastik, tutup dan hantar mai kat aku sikit.. ok.. jangan langgar petua nanti tak menjadi.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails