Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 16, 2008

Blueberry cheesecake

Lepas tengok dan pilih hiasan dapur dibawah tu.. ha ni dia masa untuk menyemak dapur pulak..

INGREDIENTS A: BASE BISCUITS
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

METHODS:
  1. Mesinkan halus biskut.
  2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
  3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
  4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit. 
INGREDIENTS B: FILLING
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih telur)
2 s/b blueberry filling

TOPPING:
Filling blueberry (boleh dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket)

METHODS:
  1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit.
  2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.
  3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream / whipping cream sehingga gebu.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
  5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
  6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
  7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
  8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
  9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
  10. Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit. Bila telah masak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
  11. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.
sebutir kata:
Elok plan buat untuk Hari Raya nanti.. errrr.. jangan lupa lak invite aku pi rumah sama.. bukan tak malu tapi dah petua nya camtu.. nak buat camna.. heh.. heh..

9 comments:

Related Posts with Thumbnails