Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 9, 2008

Cucur Udang



Bahan-bahan: 
300gm Tepung gandum 
Udang besar secukupnya, bersihkan 
Sebiji bawang besar dimayang nipis 
Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!
Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2 
2 biji telur 
1 cawan Air panas (Bukan air mendidih yaaa...) 
Air biasa secukupnya 
Garam secukup rasa 
Sedikit serbuk kunyit 
1 camca teh baking powder 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk. 
2. Masukkan tepung dalam satu bekas. 
3. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang. 
4. Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air. 
5. Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang. 
6. Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya. 
7. Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing. 
8. Ulang hingga habis.


sebutir kata:
Aku sampai la nie.. kalau jumpa cucur udang saja tarik tak jalan dah.. heran aku nampak simple tapi sedap tak patut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails