Sahabat adalah perisai diri

Sunday, September 7, 2008

Daging kicap pedas

DAGING KICAP PEDAS

Bahan-bahan : 
500gm daging lembu, di hiris nipis 

Bahan kisar : 
2 biji bawang besar 
4 biji bawang putih 
2 inci halia 
dua batang serai 
lengkuas 
20 tangkai cili kering 

2 inci Kulit Kayu manis 
3 kuntum Bunga Lawang 
3 biji Buah Pelaga 
3 kuntum Bunga Cengkih 

2 keping asam gelugor 
5 sudu makan kicap manis 
Garam & gula secukup rasa 

Cara-cara: 
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Boleh tambah air dalam proses melembutkan daging itu. 

2. Bila daging sudah lembut, masukkan asam gelugor. Masukkan kicap, perasakan dengan garam dan gula.

sebutir kata:
Sesuai gak dibuat untuk berbuka dan juga ketika sambut raya nanti bersalam ngan ketupat.. fuyooo..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails