Sahabat adalah perisai diri

Sunday, September 14, 2008

Hoon Cheng ditahan sebab nyawa terancam

KUALA LUMPUR - Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam kelmarin kerana pihak polis mahu melindungi keselamatannya yang terancam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, penahanan Hoon Cheng adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.

Beliau berkata, risikan polis mendapati nyawa wartawan tersebut terancam selepas beliau membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang berbau perkauman pada satu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas sehingga menimbulkan polemik politik di negara ini.. kosmo

sebutir kata:
Yang nie aku tak paham.. kena tahan ISA untuk jaga keselamatan dia.. isk.. isk.. aku tak paham.. langsung tak paham.. tahan yang diancam, bukan kena tahan yang mengancam ka..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails