Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 13, 2008

ISA: lagi ditahan


Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

sebutir kata:
Usaha terdesak dalam memadamkan suara2 penentangan dari luar kerajaan.. adakah ops lalang 2 sedang dilancarkan..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails