Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 25, 2008

Kanak-kanak 3 tahun saman Amy Search

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hari ini menyaman penyanyi Amy Search selaku pemilik Restoran Laksamana Cheng Ho kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur akibat terkena tumpahan kuah tomyam panas.

Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris, 31, bagaimanapun tidak menetapkan jumlah ganti rugi yang dituntut.

Saman tersebut yang menamakan Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman selaku defendan, difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Seman & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

sebutir kata:
Sakan ooo Malaysia kita la nie.. salah sikit saja, saman.. pelanggn saman pemilik restoran belambak dah.. adik nak saman abang pun ada.. anak saman bapa pun ada gak.. ooh.. Malaysia ku meriah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails