Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 16, 2008

Kerajaan baru ditubuhkan ESOK - Anwar

Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan esok. “Malam ini ialah malam Hari Malaysia. Esok, kita bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru.”

Beliau memberitahu bahawa Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan sepucuk surat telah dihantar kepada Abdullah Badawi untuk memastikan peralihan kuasa yang licin.

“Esok , kita sudah bersedia untuk menubuh kerajaan tetapi masa yang sesuai, bergantung selepas pertemuan dengan Abdullah Badawi.”

Beliau berkata demikin dihadapan lebih 25,000 penyokong Pakatan rakyat diStadium Kelana Jaya untuk menyambut Hari Malaysia.

Anwar memulakan ucapan pada jam 10.15 pm berakhir sebentar tadi.

sebutir kata:
Harapan menggunung rakyat dibahumu Anwar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails