Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 23, 2008

Menjelang syawal - Kuih makmur


KUIH MAKMUR 

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum 
250gm mentega 
secubit garam 
Sebiji putih telur 

Intinya: 
1 cawan kacang tanah, dikisar halus 
2 sudu besar gula halus 

Salut kuih makmur: 
1 cawan gula pasir, dikisar halus 

Cara-cara: 
  1. Sangai/goreng tanpa minyak tepung gandum dan garam hingga kering berderai.
  2. Pindahkan tepung gandum ke dalam bekas kering dan campurkan mentega dan putih telur. Uli hingga sebati. Sekiranya masih lembut tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg sesuai utk diuli.
  3. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli atau fishball, leperkan dan masukkan inti kacang ke dalamnya. Kepalkan padat2.
  4. Bakar selama 20minit atau hingga kekuningan pada suhu 150 drj. 
  5. Biarkan kuih makmur betul2 sejuk baru disalut. Kalau tidak gula salut akan melekit2 kerana terkena kuih yg masih panas.
sebutir kata:
Kuih tradisional yang kian dilupakan.. aku pun dah berapa tahun raya tak nampak dimeja hidangan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails