Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 8, 2008

Mahkamah batal kemenangan Joseph Kurup


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

Joseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

sebutir kata:
Yeh.. yeh.. pilihanraya kecil lagi.. hang boleh kata kat aku, aku boleh kata kat hang.. kalau dulu menang mudah hanya dengan kesalahan kecil teknikal dan manipulasi SPR, haaa kini hang bertemu buku ngan ruas.. bagi ada pertandingan saja kali ni.. kita tengok sapa yang corrupted..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails