Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 6, 2008

Menghilangkan bulu ketiak

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.

Apa yang anda perlu cari adalah kunyit dan kapur sireh. Bila kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda. Selepas itu celupkan kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.

Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

sebutir kata:
Semasa melakukan aktiviti tersebut mata hendaklah dipejam dan dilarang bagitau sesiapa pun selepas daripada itu.. tak kuasa aku nak tau..

Terlebih penting lagi, kunyit yang telah digunakan diatas dilarang sama sekali digunakan sebagai bahan masak lemak cili padi.. sekian dimaklumkan.. heh.. heh..

2 comments:

  1. bagi yang lagi cari puff-it, bisa saya bantu. Kunjungi web saya Penghilang Bulu Permanent

    ReplyDelete
  2. kunyit juga boleh digunakan utk melegakan selsema (bayi)~ambil air kunyit (asah) dan sapu di belakang telingi bayi & atas dahi!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails