Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 22, 2008

Menjelang syawal - Biskut badam rangup


Biskut Badam Rangup

Bahan-Bahannya:- 
150 g mentega 
125 g gula aising 
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) 
1/2 camca teh esen vanilla 
100 g tepung gandum* 
100 g tepung kastard* 
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak) 
50 g serbuk badam 
50 g tepung gandum (extra) 

Untuk Hiasan:- 
1 kuning telur 
Badam cincang secukupnya 

Cara membuatnya:- 
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu. 
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. 

Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

sebutir kata:
Atas permintaan di musim menyambut raya nie.. disediakan serba sedikit resepi biskut2 raya yang sempat digapai dari koleksi bini aku.. mana dia ciplak aku pun tak tau..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails