Sahabat adalah perisai diri

Sunday, September 7, 2008

Nasi Daging



Sebelah utara, kerap depa buat masa kenduri.. sedap tak patut..

Lap dulu air liur didagu tu.. ha ni dia resepinya...

Bahan-bahan: 
3 pot beras (pot tin susu pekat.. heh.. heh..)

1/2 cwn tomato puree cair 
1 cawan susu cair 

Bahan-bahan utk stok daging : 
500gm daging 
2 inci kulit kayu manis 
3 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
1 sudu besar rempah kurma 
i camca teh lada putih 
1/2 camca teh serbuk jintan manis 
1/2 camca teh serbuk jintan putih 
Garam secukup rasa 
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut 

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging. 

Bahan-bahan tumis : 
1/2 biji bawang besar, dimayang 
3 biji bawang putih, dimayang halus 
1 inci halia, dihiris nipis 
2 inci kulit kayu manis 
2 biji buah pelaga 
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis 

Cara-cara: 
1. Basuh beras dan toskan. 
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya. 
3. Masukkan beras dan kacau seketika. 
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut. 
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi. 

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur. 

Cara hidangan : 
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam. 

Air asam : 
Perahan air asam jawa 
Bawang besar hiris 
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil 
Hirisan cili merah atau cili hijau 
Belacan bakar 
Garam dan gula secukup rasa 
Perahan air limau nipis/kasturi


sebutir kata:
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails