Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 13, 2008

Nasi Tomato

Nampak macam remeh nasi tomato nie.. tapi tengok cara dia nampak mudah la pulak.. aku pandai makan ngan komen aje.. Nasi tomato enak jika dimakan dengan Ayam masak merah, Dalca dan Pajeri nenas.. fuyooo.. selamat mencuba..

Nasi Tomato..

Bahan-bahannya 
3 cawan beras basmati
2½ cawan air
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih dikisar
3cm halia dikisar
4 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi
1 senduk minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan bawang goreng
secukup gajus goreng

Cara-caranya 
1) Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2) Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos.
4) Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata.
5) Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.

Ayam masak merah..

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, potong ikut suka
25 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 cawan sos tomato
bawang goreng
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto jika suka
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1) Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.
3) Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto. Gaul rata.
4) Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.


Dalca..

Bahan-bahannya
300 gm daging
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
2 biji bawang besar (di kisar)
4 ulas bawang putih (di kisar)
3 cm halia
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4) Masukkan kenteng dan lobak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung, kacang panjang dan tomato.
5) Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
6) Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.



Pajeri nenas..

Bahan-bahannya
1 biji nenas, potong bulat dan potong empat
3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
1 biji bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
2 cm kunyit, dikisar
5 cm kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 kelopak bunga lawang
2 biji buah pelaga
6 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1) Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
2) Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan gula dan garam. Gula kena lebih supaya pajeri nenas sedap.
3) Kemudian masukkan nenas dan masak sehingga layu dan keluar air. Sedia untuk dihidang.


sebutir kata:
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails