Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 4, 2008

Orang munafik suka bersumpah

sebutir kata:
1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah meangetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. 2. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Nyata benar perisai orang munafik ini. Melalui sumpah kebiasaanya sesuatu kebohongan berjaya ditegakkan. Sesuatu kekalahan berada kembali di atas titian. Sesuatu rona-rona kejahatan tertutup pudar. Itulah pelaku munafik. Tidak teragak-agak melakukan sumpah. Sumpah itu adalah pemanis bibir, tiada apa yang hendak dirisaukan. Mudah sahaja melafaz, "Dengan nama Allah!" Walhal bukan itu pelaku orang beriman. Hayatilah dan dalaminya sebagai pedoman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails