Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 18, 2008

Remaja durjana


JOHOR BAHRU: Muda dan berbahaya. Itu gambaran tepat terhadap kumpulan remaja yang tergamak menculik, membunuh dan membakar seorang gadis berusia 16 tahun yang mayatnya ditemui dalam kawasan semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, semalam.

Penemuan mayat Lai Ying Xin hasil susulan polis yang menerima laporan kehilangannya sejak malam Khamis lalu apabila pelajar tingkatan empat itu tidak pulang selepas melakukan kerja sambilan di sebuah pasar raya di Kulaijaya.

Selepas menculik mangsa dari tempat kerjanya kira-kira jam 9 malam, penculik menghubungi keluarga gadis malang itu kira-kira jam 6.20 pagi esoknya meminta wang tebusan RM33,000.

Namun, sangkaan keluarga gadis terbabit bahawa dia dibebaskan selepas menyerahkan wang tebusan diminta penculik pada jam 3 pagi Isnin lalu, ternyata meleset apabila mangsa sebenarnya sudah dibunuh dan mayatnya dibakar.

sebutir kata:
Asas didikan menjadi tanggungjawab ibubapa, Guru2, kawan2, masyarakat dan penting sekali diri sendiri.. isk.. sadis betul bila bayangkan saat kematian simangsa.. aku sedih nie..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails