Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 17, 2008

Seorang lagi blogger ditahan


Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.
Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya. Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

sebutir kata:
Satu demi satu suara2 penentang telah ditahan.. sebagai langkah untuk mengekalkan dua tiga kerat ini ditampuk kuasa.. keterbukaan yang dicari, semakin kuat tekanan yang diterima..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails