Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 10, 2008

Soto Ayam


SOTO AYAM 

Bahan-bahan : 
1 ekor ayam, dipotong 8 
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup 
15 biji bawang merah, dihiris halus 
4 biji bawang putih, dihiris halus 
3cm halia, dihiris halus 
7cm kulit kayu manis 
5 kuntum bunga lawang 
5 biji buah pelaga 
10 biji lada hitam 
1 camca teh lada putih 

Bahan kisar kering : 
1 camca teh ketumbar biji 
1/2 camca teh jintan manis 
1/2 camca teh jintan putih 

Bahan tabur: 
Taugeh, dicelur sedikit 
Suhun, digoreng 
Kacang tanah, digoreng 
Daun sup & daun bawang, dihiris halus 
Bawang goreng 

Nasi impit 
Sambal kicap (*Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi) 

Cara-cara: 
1. Tuang air ke dalam periuk besar secukupnya untuk merebus seekor ayam. Biarkan 
air mendidih. Masukkan ayam dan semua bahan-bahan kecuali bahan tabur, nasi impit 
dan sambal kicap. 
2. Setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan. Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 
3. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka. 
4. Perasakan sup dengan garam dan gula. 
5. Hidangkan bersama nasi impit, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, 
bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap. 

PERGEDIL 
Bahan-bahan: 
4 biji kentang, direbus dan dilecek 
200gm daging cincang 
1 camca besar serbuk lada putih 
1 camca teh garam 
10 biji bawang merah, dicincang halus 
1 sudu besar tepung gandum 

Bahan celup: 
Gaul sebati 3 biji telur dan 1 camca teh tepung gandum. 

Cara-cara: 
1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sebati. 
2. Kepal adunan menjadi bulat dan leperkan. 
3. Celup ke dalam adunan telur dan tepung dan goreng hingga masak.

sebutir kata:
Betuinya Soto Ayam ni kena gu ngan sambal kicap cilipadi.. tapi aku pun tak pernah rasa lagi.. jadi aku bukan nak mintak.. tapi ikut petua ciptaan aku nie, kalau lepaih buat dan jadi pulak tu, huluq2 la mai sikit.. isk.. isk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails