Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 13, 2008

Zaid: Muhyiddin letak jawatan atau disingkir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan perdana menteri, beliau boleh letak jawatan kabinet, ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)...tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini. malaysiakini

sebutir kata:
Tak boleh la orang dalam AMNO nak tegur hampa, tegur sikit saja suruh letak jawatan ataupun nak ambik tindakan.. demokratik taik kucing camni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails