Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 18, 2008

Aishwarya Rai kena saman elak cukai


MUMBAI: Aktres popular Aishwarya Rai (gambar) sememangnya diketahui antara pelakon terkaya Bollywood, tetapi beliau masih cuba mengelak membayar cukai pendapatannya hinggakan terpaksa diheret ke mahkamah untuk melangsaikan hutangnya itu.

Lebih memalukan, Aishwarya dikatakan sanggup berbohong demi memastikan dirinya tidak membayar cukai pendapatan bagi hadiah wang tunai £50,000 (RM350,000) selepas dinobatkan sebagai Miss World pada 2004.

Jumlah itu bagaimanapun melonjak kepada kira-kira £100,000 (RM700,000) berikutan kadar faedah sejak empat tahun lamanya.

sebutir kata:
Nasib baik la Melaka belum lagi pilih dia untuk dapat gelaran Datok.. tak pa boleh tangguh untuk anugerah darjah kebesaran pada tahun depan lak.. heh.. heh..

Datok Aishwarya Rai elak bayar cukai.. sedap gak tajuk berita camnie.. heh.. heh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails