Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 19, 2008

Aktivis Suaram ditahan ISA


TERKINI - Aktivis Suaram Cheng Lee Whee yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, telah dibebaskan selepas ditahan selama 19 jam dalam lokap polis.

sebutir kata:
Apa yang diharapkan pihak berkuasa tidak menyalahgunakan akta kejam ini bagi meneruskan agenda politik orang2 tertentu. Kalau dah salah tahanlah dan dakwa diMahkamah, bukan perap dalam akta kejam tu.. dah mufti kata ISA menyalahi Islam pun kita buat tak peduli gak..

Mana dia janji UMNO untuk pertahankan melayu kerana perobohan rumah setinggan ini berlaku di negeri Johor yang terkenal dengan UMNOnya..


Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.


sebutir kata:
Tahukah anda yang Ms Cheng tu ditahan dibawah ISA kerana mempertahankan perobohan 20 buah rumah2 setinggan di Kampong Baru Plentong Tengah, Johor.. Malaysiakini.

Tahukah anda yang majoriti penghuni rumah setinggan itu telah mendiami tempat tu lebih dari 20 tahun.

Tahukah anda yang majoriti penduduk setinggan bersetuju berpindah ke satu tempat yang ditetapkan iaitu 50km dari tempat tu tapi rumah yang diberi belum siap.

Tahukah anda majoriti penduduk disitu adalah MELAYU.. cina kena tangkap ISA pasai perjuang nasib setinggan MELAYU..

2 comments:

  1. Cissss....Mana dia Laksamana Melayu yg bertunjalkan keris, mempertahankan Melayu????????

    ReplyDelete
  2. Salam hang lapor..

    Tahukah kita yang kejadian perobohan rumah2 setinggan itu terjadinya di negeri Johor Darulumno..?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails