Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 26, 2008

Bolasepak Malaysia gagal


Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka walaupun pemain2 kita lebih handsome dari Vietnam apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 kepada pasukan muda Vietnam, diulangi pasukan muda atau pasukan B Vietnam.

Taktik yang digunakan oleh Vietnam melambatkan permainan serta pura-pura mengalami kecederaan sudah cukup memberi tekanan dan impak yang berkesan kepada Malaysia. Vietnam berjaya mengheret Malaysia hingga ke sepakan penalti seperti mana yang telah dilakukannya ketika menentang Sierra Leone.

So.. kita amat berbangga dengan berbelas belas gol dalam membelasah lawan diperingkat awal pestabola.. simpan la buat kenang kenangan.. jadilah.. terima lah hakikat yang itu aje yang kita mampu..

sebutir kata:
Nasib baik la tak menang.. riuh rendah la akhbar kita ari nie kalau kita menang walaupun semua tau tak dak pasukan kuat yang dijemput pada kejohanan kali ni.. mana dia Indonesia, Singapura dan Thailand kalau pun takut ngan Korea Selatan ataupun Jepun..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails