Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 5, 2008

Bukan iklan kasut John Bert

Aku terima email sekitar minggu terakhir posa.. mengisahkan ada rajah kalimah dilogo kasut tersebut..


Semalam semasa di surau, terkejut saya bila jemaah surau menegur saya sambil memegang kasut saya..


Rupanya mereka beritahu kasut saya tu ada  kalimah Allah.. memang saya tak perasan pada mulanya. Logo kasut John Bert ni gambar singa sedang berdiri.. bila diperhatikan betul2, terdapat kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi pada logo tersebut..


Astagfirullah Hal Adzim.. dah lama dah saya pakai kasut ni.. mohon ampun dari Allah segala kesalahan dan kesilapan saya selama ini.. Semoga sahabat semua yang bercadang nak beli kasut, pilih betul2, jgn tersalah pilih.. banyak kat pasaran sekarang nih kasut kulit babi, logo2 utk menjatuhkan maruah Islam dan lain2. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua..

sebutir kata:
Pada kekawan yang ada kasut jenama nie bolehlah confirmkan.. aku pakai selipar jepun je raya yang lepas tuh.. heh.. heh..

Pendapat peribadi aku pulak.. penulis nie punya daya imaginasi yang gila2 sikit.. kalau ditenung betul2 kat langit yang kita junjung tu berbagai gambar dan watak akan terbentuk.. sekiranya gambar yang tak selari ngan agama anutan kita, adakah bermakna kita tak leh dok tempat tu.. macamana pula dirumah2 kita yang ada bunga batu di dinding, mungkin ada yang tak perasan.. cuba perhatikan setengah2 bunga batu tu berbentuk salib pun ada.. ianya banyak bergantung pada cara kita melihat dan menilainya.. melainkan ianya sahih permainan dari musuh Islam dan terbukti dari segi fakta.. wallahuallam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails