Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 7, 2008

Dato Asri letak jawatan Mufti Perlis


PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini. Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya. "Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak.

Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya. Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM). Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.. sumber Mstar

sebutir kata:
Kita kehilangan seorang mufti yang vokal dalam usaha menegakkan ma'aruf dewasa ini.. mana ada dalam sejarah seorang yang berkedudukan berani mempertaruhkan jawatan dalam menasihati kerajaan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails