Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 21, 2008

Harga ayam naik lagi?


KUALA LUMPUR - Harga ayam di pasaran sekitar ibu negara yang mengalami sedikit penurunan selepas Aidilfitri lalu dijangka meningkat semula kira-kira 50 sen menjelang sambutan Deepavali.

Menurut sumber dari pasar Pudu di sini, kenaikan tersebut dipercayai disebabkan permintaan yang bertambah daripada pengguna yang akan berbelanja lebih pada perayaan tersebut.

sebutir kata:
Dengan kenaikan harga ayam ini diharapkan dapat membantu memeriahkan lagi suasana sambutan Deepavali buat rakyat terutama sekali kaum India.

Kita amat percaya yang kenaikan ini pastinya akan turun selepas perayaan ini selari dengan penurunan harga minyak yang telah dibuat 13 Okt yang lalu. Tentunya penurunan harga ayam ini tidak akan lama dan tetap akan dinaikkan lagi menjelang Krismas nanti dalam memeriahkan suasana perayaan tersebut.

Yang pasti proses ini akan tetap diteruskan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi..

2 comments:

  1. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi..

    ReplyDelete
  2. DAN LAGI.. DAN LAGI.. DAN LAGIIIII..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails