Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 14, 2008

Harga minyak turun lagi


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter. Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.. malaysiakini

sebutir kata:
Malaih nak tulis, banyak kali dah.. ni aku copy paste kenyataan dari MMUTA LIGAT..

Terbukti dakwaan PR bahawa langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen Jun lalu adalah silap. Ini kerana selepas 4 bulan kenaikan tersebut kerajaan menurunkan semula harga minyak sebanyak 3 kali dalam masa 2 bulan. 

Langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen itu telah menyebabkan kenaikan harga barang yang melambung dan mendadak. Kini setelah harga minyak diturunkan lagi malam ini harga barangan masih tidak berganjak. Ini jelas menyusahkan rakyat walaupun penderitaan mereka sebikit ringan dengan penurunan harga minyak ini.

Rata-rata pakar-pakar ekonomi dan Pakatan Rakyat telah menasihatkan kerajaan supaya tidak menaikkan minyak sehingga 78 sen pada Jun lalu tetapi kerajaan BN tetap berdegil dan kini rakyat menanggung bala bencana disebabkan kesilapan dan kebodohan kerajaan BN ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails