Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 20, 2008

Mengaku bodoh


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.”

Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Ada yang buat tak tahu. Ada yang menggeleng kepala. Ada juga yang pandang ke belakang.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata, “Oooh, jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?”

Pelajar itu menjawab, “Bukan, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri.”

Erkk!

sebutir kata:
Jangan suka menganiaya sesama manusia ataupun haiwan. Doa makhluk yang teraniaya nie cepat dimakbulkan ALLAH.. uhuk.. uhuk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails