Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 20, 2008

OBAMA bakal Presiden USA


Kira2 dua minggu lagi Barrack Obama bakal menerajui Amerika Syarikat.

Pilihan raya Presiden kali ini bukan saja menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, calon kulit hitam hampir mendiami Rumah Putih, tetapi ia berlaku ketika AS menghadapi krisis ekonomi paling buruk selepas 1930-an. Seluruh dunia memerhatikan dengan penuh minat bolehkah Obama, 47, yang tinjauan terbaru menunjukkan beliau mendahului McCain, 72, kira-kira lima mata, menjadi Presiden AS ke-44?

Orang kulit hitam dulunya dicop sebagai samseng dan jahat berbanding kulit putih. Apakah kini rakyat Amerika cuba beralih arah setelah bosan ngan pemimpin dari kaum mereka? Adakah ini menandakan ketuanan rakyat diutamakan?

sebutir kata:
Lain pulak cerita diMalaysia
, pemimpin yang bergelut ngan skandal bertanding nak jadi pemimpin.. kita pulak menempek sama sokong buta tuli..

Obama barangkali tak dak bezanya dengan lain2 Presiden terdahulu kerana dasarnya belum tentu berubah, dikontrol oleh suku sakat zionis, tapi keberanian rakyat melakukan perubahan wajar diikuti..

Kenapa kita tak boleh serahkan hak menentukan PM Malaysia pada
semua rakyat Malaysia..?
Kenapa kita hanya serahkan hak ini pada kira-kira 2.6 juta ahli UMNO saja mewakili 20 lebih juta rakyat Malaysia..?
Apakah rakyat lain tak berhak untuk bersuara..?
Bila agaknya pemilihan PM Malaysia boleh open macam kat US ha..?
Teringin gak aku nak nak berPMkan Haji Hadi.. yang bukan saja bersih malah dilihat bersih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails