Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 14, 2008

PAS kini yakin 16 Sept

PAS akhirnya yakin sepenuhnya dengan "projek 16 September" Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti itu menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP.

Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun direstui  mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.


Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberikan mandat untuk mengetuai delegasi parti itu termasuklah timbalannya Nasharudin Mat Isa, dua naib presiden Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar.

sebutir kata:
Banyak yang lega walaupun sedikit terlewat.. sedari akan dokongan pelbagai kaum buat PAS dipilihanraya Mac lepas semata2 ingin melihat perubahan total kepimpinan negara.. janji tetap dikota..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails