Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 22, 2008

Penjual ayam


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Dia ke bandar untuk membeli ayam.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (lalu memberikan kadnya)."
Tauke ayam: "Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, tauke ayam memanggil anak buahnya Akob dan memberikan arahan...

Tauke ayam: "Kob, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Akob : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Akob pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam2 yang dia bawa terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Akob. Tetapi si Akob tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seorang diantara mereka datang bertanya..

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa ka... ?

Akob : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Akob: "Ha... ha... ha..., dasar ayam2 bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Ha.. ha.. ha.. ha..."

sebutir kata:
Moral of the story.. jangan bagi Akob hantaq ayam.. bodoh.. kah.. kah.. kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails