Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 31, 2008

Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan kali keempat bagi harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok 01hb Nov 2008.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

sebutir kata:
Hangpa tengok pada 4 Jun lalu, KERAjaan umumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, satu keputusan paling bijak dibuat oleh kerajaan BN dalam uruskan harga minyak nie. Bahana dari kenaikan bijak tak boleh tumpang ni telah dideritai rakyat sampai la nie..


La barulah KERAjaan terhegeh-hegeh nak turunkan harga setelah harga minyak dunia menurun sehingga lebih rendah dari semasa harga minyak di Malaysia RM1.92 sen seliter dulu.

Pada masa yang sama KERAjaan melompat lompat cuba nak turunkan harga barang. Maka mengomellah dalam media bahawa Giant dan Tesco telah menurunkan harga barang. Tanya tengok kat menteri barang mahai kita, Shahrir Samad, Giant ngan Tesco ada diserata Malaysia ka? Terbeliak biji mata Pak Ngah aku bila dengar Tesco.. dia dok ingat lembu baka baru..

4 comments:

  1. takan nk beli gula sekilo nk terpa kt Tesco kot!!!kami kt Kokdiang jauh ooo nk p sana.Otak apa depa pakai????

    ReplyDelete
  2. Depa pakai otak lembu baka baru.. heh.. heh..

    Khiak ptuihh..

    ReplyDelete
  3. kalau nak diikutkan harga minyak memang dah turun....cuma ia tidak boleh diturunkan secara mengejut ekoran tindakan pemilik stesen minyak dimalaysia yang sudah lupa daratan......masa naik banyak dulu depa tak kata untung pun....
    bila nak turun balik depa kata rugi besar ekoran stok sedia ada dibeli pada harga tinggi....pungkoq depa.....sebenarnya ada jalan untuk menurunkan harga minyak secara mendadak cuma ia tak mahu di praktikkan saja....

    antara langkah2....
    1)pengimport minyak mentah dimalaysia(depot) beli minyakk skrg pada harga pasarankan....jadi kenapa kerajaan tidak memulakan daripada mereka terlebih dulu....kenapa harus kita dan pengusaha yg rugi....sedangkan depa masih untung besar lagi....
    tak tau la sapa untung besar samada kerajaan @ depot....
    lu pikir la sendiri....

    ReplyDelete
  4. Nampak foxkid ada buat study gak pasai politik minyak nie.. tahniah.. kesedaran perlu ada walaupun kita nampak macam tak boleh buat apa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails