Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 18, 2008

Petua: Melembabkan wajah


Sepotong tembikai yang masak dan sejuk diperah untuk mendapatkan jusnya. Tapis dan simpan jus tembikai di dalam bekas.

Pupuk perlahan-lahan hampas tembikai ke seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering lalu percikkan sedikit air sejuk. Petua ini dipercayai dapa melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit awet muda.

sebutir kata:
Kejernihan hakiki wajah terletak pada hati, hati ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Hati yang benar2 bersih boleh nampak apa yang disekitarnya dan akan diberi rasa2 yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan2 yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails