Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 24, 2008

Popia basah


Bahan-bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Sedikit garam garam

Cara penyediaan:
1. Gaul kesemua bahan dan perap 1 jam.
2. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
3. Ambil sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja.
4. Biar kering dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.

Bahan-bahan inti:
1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
2 mangkuk taugeh
1 biji bwg besar ~ mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:
Tumis bwg besar dan udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layu. Akhir sekali masukkan taugeh dan matikan api. Angkat dan tapis supaya kuah sayur tadi keluar.

Bahan-bahan untuk sos:
2 labu bawang besar ~ di mayam kasar dan digoreng
2 ulas bawang putih ~ belah 2 dan digoreng
5-6 tangakai cili kering ~ di rebus, tapis dan digoreng
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung ~ bancuh dgn 1/4 cawan air
1 sudu besar gula merah (saya guna brown sugar)
Gula dan garam secukupnya.

Cara penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering yg telah digoreng tadi.
2. Di dalam kuali/periuk, masukkan bahan kisar, cili sos, sos tiram, gula merah dan sedikit air.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Ini bertujuan untuk memekatkan sos.
4. Perisakan dgn garam dan gula.

Bahan sampingan:
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara menghidang:
Ambil kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk dan bawang goreng. Kemudian bubuhlah inti sayur dan gulung. Sedia dihidang..

sebutir kata:
Aku malu la nak bagitau, tapi sebagaimana biasa setelah digulung, masukkan lah kedalam tupperware dan antaq kat aku sikit.. tak yah banyak agak penuh tupperware pun dah cukup.. heh.. heh..

6 comments:

  1. gatai tangan sahajeOctober 25, 2008 at 9:15 AM

    lor..kena anto jugak kew? ko nak melalui poslaju kew, kurier? sile wat pilihan.. pastu jgn lupe bg alamat umah ko.. ye ar, xkn nk anto tanpa alamat! mau barah otak posmen tu! hiakakakakakaka..:p

    ReplyDelete
  2. Aku nak kau yang antaqnya.. senang nak sekeh kalau tak menjadi.. kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
  3. gatai tangan sahajeOctober 25, 2008 at 9:54 AM

    owh..kalo mcm tu, pe kate saudara pos sahaja duwet tambang...tp xkan xyah alamat? saudara neh, buat2 blur sahaja..alamat! nk alamat..! keh3

    ReplyDelete
  4. Fax boleh ka? murah dan cepat..

    ReplyDelete
  5. gatai tangan sahajeOctober 25, 2008 at 10:10 AM

    boleh sahaja...number fax nyer?? nges3...

    ReplyDelete
  6. 014.. fax2 x dapat.. kah3

    Woit hang email je le.. x kan tak tau email ID aku.. kah3

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails