Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 30, 2008

Resepi: Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:
250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:
1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

sebutir kata:
Atas permintaan ramai disini aku sertakan pula resepi kek lembap untuk dicuba.. member antaq melalui email minggu lepas.. dia pesan bawa la mai bagi aku rasa sikit sebagai pengkeras.. heh.. heh..

2 comments:

  1. Tenuk Pandai MenaipOctober 31, 2008 at 9:45 AM

    kate kek lembap td...tp knp tibe2 ade pengkeras pulak? lembap kew keras neh?? btol2 ar...xp

    ReplyDelete
  2. Korang ambik ni resepi orang lama tau, dia belajaq pun kena pengkeras dua ringgit suku, tapi la barang mahai takkan nak bagi dua ringgit suku lak.. patut padan la..

    Kalau tak menjadi kek korang jgn komplen aku.. tanpa pengkeras kek akan keras.. heh.. heh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails