Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 14, 2008

Resepi pilihan musim hujan

Petang tadi hujan renyai2.. teringat pulak nak makan yang pedas2 sikit.. rasa macam dok dimulut nie.. bini aku mula tengok aku nampak pelik.. mengidam semacam pun.. heh.. heh..

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan: 
Nasi secukupnya 
Bawang besar 
Bawang putih 
Ciliapi, lebih pedas lebih bagus 
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Kicap cair
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi hingga layu. 
3. Masukkan belacan. Hancurkan dan goreng hingga garing sedikit. 
4. Masukkan kicap cair. Kacau seketika. 
5. Masukkan kangkung. 
6. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata. 
7. Masukkan nasi putih. 
8. Buat kawah di tengah gorengan nasi dan pecahkan telur di dalam nya. 
9. Gaul rata hingga menyalut nasi. 
10. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

SAMBAL BELACAN SIAM

Bahan-bahan : 
11 biji cilipadi (cabai melaka)... yang halus dan panjang2 tuuu. Kalau jenis kecil2 kena banyak lagi laaaa... 
1 biji cili merah 
4 biji bawang putih
1 biji bawang merah
Belacan 4in x 2in (Dibakar ingat bukan Abu Bakar punya..)
4biji - 5 biji limau kasturi (Diperah jusnya) 
2 sudu gula

sebutir kata:
Oooii.. sedap tak patut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails