Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 19, 2008

Sekitar pencalunan jawatan tertinggi UMNO


Terkini pencalunan untuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah 59 bahagian selesai bermesyuarat:

Kerusi Presiden UMNO:Najib: 59
Ku Li: 0

Kerusi Timbalan Presiden UMNO:
Muhyiddin: 44
Mohd Mohd Taib: 8
Ali Rustam: 9


Sementara itu dalam Pemuda UMNO Mukhriz telah melepasi had minimum kelayakan bertanding sebagai Ketua Pemuda sebanyak 39 pencalonan:

Kerusi Ketua Pemuda UMNO:
Khairy: 34
Mukhriz: 62
Khir Toyo: 26
Zahidi: 1

Sementara itu bagi jawatan ketua wanita UMNO Datok Shahrizat Jalil telah berjaya memperolehi 32 pencalonan setakat ini walaupun peralihan kuasa telah dipersetujui oleh Rafidah ngan Shahrizat pada Jun tahun depan. Nampaknya sebahagian wanita UMNO sendiri nak tengok perubahan dalam wanita jugak.


Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

sebutir kata:
Semakin meriah UMNO..
Pak Lah membidas bekas PM - Mahathir dan juga menteri kabinet nya Muhyiddin..
Najib tersenyum sorang2 terkenangkan Ku Li..
Mukhriz nampak lagi terang benderang..
Khairy nampak pucat terketar2 kesejukan..
Rafidah nampak macam nak kena pi dah..
FRU tambah kerja dulu jaga pembangkang, la nie jaga UMNO bermesyuarat pulak..
Orang2 kat bawah dah belajar lontar bangku dari lontaran idea nak tolong melayu heh.. heh..

2 comments:

  1. Najib dok tersenyum lebaq,
    Pak Lah dok terkapaq-kapaq...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam hang lapor..

    Rakyat banyak dok melehaq.. kah.. kah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails