Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 27, 2008

Sekitar pencalunan jawatan tertinggi UMNO


Terkini pencalunan untuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah lebih 100 bahagian selesai bermesyuarat:

Kerusi Presiden UMNO:
Najib: 103
Ku Li: 0

Kerusi Timbalan Presiden UMNO:
Muhyiddin: 65
Muhd Mohd Taib: 17
Ali Rustam: 23


Sementara itu dalam Pemuda UMNO kesemua calon telah melepasi had minimum kelayakan bertanding sebagai Ketua Pemuda:

Kerusi Ketua Pemuda UMNO:
Khairy: 48
Mukhriz: 66
Khir Toyo: 43

sebutir kata:
Sah tiada pertandingan kerusi nombor satu,
Tentu Ku Li tambah berbulu,
Najib renyih tersipu mahu,
Pak Lah jeling haru biru..

Muhyiddin senyum sampai telinga,
Tengok Mat Taib terpinga pinga,
Ali Rustam tertanya tanya,
Ada lagi yang mahu Datuk ka..?

Khairy urut dada terlepas bala,
Mukhriz senyum dalam terpaksa,
Khir Toyo makan mula berselera,
Pertarungan Pemuda panas gila-gila..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails