Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 23, 2008

Seri muka


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair dicampur dgn sikit garam.

Cara penyediaan:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat supaya kuih tidak melekat pd acuan.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan dicampur dgn sedikit pewarna hijau
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
Sedikit garam.

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, kacau rata dan ditapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu, barulah dipotong.
Sedia untuk dihidang.

sebutir kata:
Seperti mana biasa setelah dipotong2 ikut saiz yang diidam, masukkan kedalam tupperware dan antaq kat aku sikit.. tak yah banyak agak penuh tupperware pun dah cukup.. heh.. heh..

2 comments:

  1. emm...nmpak mcm sedappp je kuih seri muka nie, sapa mkn 4 sure berseri2 lah mukanya..tapi muka ataih dia yg caler ijau tu awat nipis sgt...pulut pnyala tebai,dia x ukuq ka?? tapi awas mak kata pulut nie x berapa sesuai ngan org yg badan berangin mcm penulis blog nie...he..he..sory!!!

    ReplyDelete
  2. Ubat angin dah sedia ada.. aku macam dah tau korang nak bawa seri muka mai ofis ari selasa nie.. heh.. heh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails