Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 13, 2008

Sidang dewan rakyat - Anwar jadi tumpuan


PARLIMEN bersidang hari ini selepas berehat lebih sebulan dengan fokus menjadi tumpuan ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa perkembangan yang berlaku sejak awal September.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan menyampaikan ucapan perbahasan selaku Ketua Pembangkang hari ini, yang difahamkan akan mengambil masa sehari suntuk.

Semalam, Anwar ketika ditemui wartawan berkata, beliau tidak mahu lagi mengulas mengenai tarikh baru yang ditetapkan bagi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang dipetik Bernama berkata: "Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai... kita akan menyaksikan perubahan".

"Kalau rakyat mahukan perubahan... tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan," kata beliau semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

sebutir kata:
Perubahan yang diharap2 kan bukan setakat perubahan kerajaan saja dari BN to PR, tapi juga dasar2 yang menjurus kepada kesejahteraan ekonomi serta rakyat keseluruhannya.. majoriti rakyat percaya PR boleh deliver.. ditambah perkembangan positif dari PAS sendiri aku dapat rasakan harapan rakyat yang menggunung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails