Sahabat adalah perisai diri

Thursday, October 9, 2008

Siri menyayat hati - jamuan Eidulfitri

Eidulfitri adalah hari kesyukuran bagi umat Islam seluruh dunia, dirayakan dimana jua walau sederhana tetapi penuh kemeriahan dan didalam suasana penuh kegembiraan.

Apatah lagi bila dikhabarkan ianya akan turut diraikan oleh boss tempat kita bekerja. Tentulah terasa amat dihargai.

Bukan kita hendakkan sesuatu yang terlalu berharga, tetapi kita amat mengharapkan satu suasana yang tenang dan gembira bersua semua rakan sekerja. Tapi apakan daya, inilah saja yang ada sebagai jamuan dihari raya sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.

Bukanlah tak menghargai sesuatu pemberian dari syarikat.. tapi nasi bungkus nie selalunya dihadiahkan selepas kita kerja keras selesaikan sesuatu projek syarikat. Selalunya macam tu la walaupun dah lama dah tak dak.

Tak salah sekiranya kita spend a bit more money just to celebrate and some appreciation given to our own staff, just once a year. Kalau dapat ramai2 makan di cheapest restaurant kat AutoCity tu pun dah kira ok sangat.. estimate around RM 12.00 per head.

Sebotol air mineral ngan nasi kandar bungkus satu, take it and up to you nak makan tang mana pun. Mana ada kemesraan sesama pekerja dan ianya tak tercapai pun objektif jamuan hari raya..

Mungkin akan ada yang kata, itupun dah kira bersyukur dah kira ok dah boss nak belanja, baik dari nasi yang diberi pada Teresa Kok semasa ditahanan ISA bulan lepas..

Bukan masaalah tak bersyukur tapi isunya adalah penghargaan dari sebuah syarikat bertaraf antarabangsa terhadap pekerjanya sendiri ketika meraikan bulan Syawal yang mulia.. yang sepatutnya diambil kesempatan oleh pihak syarikat untuk merapatkan ikatan persaudaraan sesama pekerja baik Melayu, Cina ataupun India.. yang mana hasilnya tentu lebih mahal dari RM 12.00 per head.


sebutir kata:
Eiii... malunya.. as part of management and proposal been given before to him.. isk.. isk.. raya 2008 yang sedih.. makan ajelah apa yang diberi.. JAMUAN HARI RAYA.. kah.. kah.. kah..

9 comments:

  1. malu wehhh..pe nama company saudara tu..? sungguh mendukacitakan... Rumah anak2 yatim pon mkn nasi ayam linda onn berbuka taw..kui3

    ReplyDelete
  2. Nama company tak leh sebutla takut di ISAkan aku lagi susah.. nama bossnya CIKAI.. heh.. heh..

    ReplyDelete
  3. miahahhahaahhaah...cian gak eh! nnt x pasai2 jd DSAI yg ke-2..kui3. Pe kenama bos saudara tu..teruk bebeno nama die...ptot ler..huhuhu

    ReplyDelete
  4. esh...mmg tragis tul nasib saudara tu, ada ka celebrate cam tu ana tmpang bersedih gak la...x pa no sabaq byk2 ana paham psal nama boss saudara tu pun mmg mcm dtg dari atas bukit ja..he..he..

    ReplyDelete
  5. Tapir..
    berat mata memandang berat lagi aku berdepan.. boss acting macam x sekolah..

    noname..
    dia memang mai dari atas bukit dulu keja tanam sayoq..

    ReplyDelete
  6. company saudara bertaraf antarabangsa tapi bagi makan bertaraf?????? sedih..sedih...:(
    Agaknya boss saudara itu datang dari
    bukit mana... tak tahu nak organise jamuan..kalu gitu biar bagi kat orang yang tahu ... hai memalukan..

    ReplyDelete
  7. anonymous..
    memang memalukan.. monyet pun tutup muka loo.. :D

    ReplyDelete
  8. KUNJUNG MENGUNJUNG BERTANYA KHABAR,
    HARI RAYA DISAMBUT MERIAH,
    TAPI SAYANG JUADAH RAYA NASI KANDAR,
    PIRAHHHHHHHHHHHHHHH

    ReplyDelete
  9. Sedap punya pantun.. kah.. kah..

    Inilah hasilnya bila boss tak kenai adab.. langsung tak dak art sebagai boss.. isk.. isk..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails