Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 24, 2008

Tayangan Perdana


KUALA TERENGGANU - Sebuah sekolah di pedalaman Dungun yang menjadi lokasi rakaman klip video aksi panas pelajar perempuan bertajuk 'Tayangan Perdana', diserbu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), semalam.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan usaha menemui 'pelakon' utama dan perakam aksi itu yang merupakan pelajar sekolah berkenaan tidak kesampaian kerana kedua-duanya tidak lagi bersekolah di situ.

sebutir kata:
Aku malu sungguh nak ulas cerita ni mulanya.. tapi naluri aku rasa terpanggil untuk sekurangnya ulas dari sudut harapan sebagai bapa apatah lagi setelah tertonton hasil kerjatangan anak2 harapan bangsa itu diemail pagi tadi.

Tergenang airmata.. apakah anak2 kini lupa tanggungjawab mereka sebagai anak2, sebagai para pelajar, sebagai kawan2, sebagai insan dan lebih lagi sebagai seorang Islam..?

Apakah mereka tak sedar langsung dengan perlakuan sebegini boleh mencontengkan arang dimuka ibubapa, menggerhanakan masa depan mereka sendiri, sanggupnya kawan2 yang sebegini hodoh tingkah laku dan tentunya mencacatkan Islam itu sendiri dipandangan umum..

Tanggungjawab siapakah sebenarnya menyedarkan anak2 kini tentang sikap kebertanggungjawaban terhadap Agama, terhadap bangsa, terhadap kawan2 dan terhadap diri sendiri ini.. isk.. isk..

2 comments:

  1. nak buat lagu mana..."KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN".So Pemimpin yg dok ada la ni kena la prihatin sket.Takut depa pun sama naik..kui..kui.kui!

    ReplyDelete
  2. Salam anonymous..

    Asasnya adalah Agama.. carilah pemimpin soleh dan baik, pemimpin yang bersih dan dilihat bersih..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails