Sahabat adalah perisai diri

Friday, October 31, 2008

Terkini keputusan kes pembunuhan Altantunya


TERKINI - Sah penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda akhirnya dibebaskan sementara dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu dua tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebaik sahaja Abdul Razak, 48, bersama Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, tiba di mahkamah untuk menghadiri prosiding perbicaraan.. sumber BH online

sebutir kata:
Persoalannya disini adalah siapkah pembunuh Altantunya yang sebenar sekiranya kesemua tertuduh dibebaskan.. jawapan yang dinanti oleh majoriti rakyat Malaysia dan tanggungjawab pihak Polis menjelaskannya.. siasatan lagi lah nampaknya.. dan lagi.. dan lagi..

2 comments:

  1. correct!correct!Correct.....Waallahuallam

    ReplyDelete
  2. Jika Sirul dan Azilah didapati bersalah.. siapakah dibelakang mereka..

    Jika Sirul dan Azilah tak salah, siapa pulak yang bunuh Altantuya..?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails