Sahabat adalah perisai diri

Monday, October 6, 2008

Wang ihsan Bill Gates

Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel.

Antara kandungan e-mel yang kini tersebar luas di seluruh negara ialah 'tidak perlu mengeluarkan sebarang modal atau pelaburan, namun dijanjikan pulangan wang ribuan ringgit setiap minggu dengan hanya menghantar e-mel'. Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor, Microsoft dan AOL.

Turut dinyatakan pesanan, pembaca yang mengendahkan e-mel berangkai yang dikirim itu bakal menyesal tidak terhingga di kemudian hari.

sebutir kata:
Pada semua pembaca.. berhati2 lah dengan perangkap nie.. penting sekali kena ingat orang tamak selalu rugi..

5 comments:

Related Posts with Thumbnails