Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 27, 2008

18 tahun penjara kes dera Nirmala


Surirumah Yim Pek Ha dihukum 18 tahun penjara selepas didapati bersalah mencederakan dengan parah pembantu rumahnya Nirmala Bonat empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir mendapati Yim bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.

Tertuduh menghadapi tiga pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk terhadap Nirmala menggunakan seterika dan air panas, di 33B-26-6 Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

sebutir kata:
Elok elok duduk di rumah bersama anak2 dan keluarga., tetiba hidup dalam sangkar.
18 tahun satu jangka masa yang panjang dan membosankan.. penuh debaran dan paling menyeksakan.

Sewaktu melakukan kezaliman dan penginayaan, macam mana perasaan agaknya. Gagah kuat dan terasa begitu berkuasa, lupa peraturan undang2, bersikap biadap sesama manusia.. mari kita ambil iktibar daripadanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails