Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 24, 2008

Amaran dari pihak Polis


AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA.

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebarkan..
Kita berjalan menghampiri tempat parking, buka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start enjin kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

sebutir kata:
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN..

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails