Sahabat adalah perisai diri

Saturday, November 8, 2008

Arahan Gani Patail tidak sah


Dalam penghakimannya pada 7hb Nov 2008 hakim S. Komathy Supppiah berkata, sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini yang mengatakan Abdul Gani tidak akan terlibat di dalam kes ini.

Selain itu, keputusannya itu disokong oleh dua afidavit iaitu laporan polis Anwar terhadap Abdul Gani supaya tidak terlibat di dalam kes tersebut dan afidavit Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung janji Perdana Menteri itu. Sementara itu, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan hakim.

sebutir kata:
Sekurang kurangnya masih ada pegawai2 yang tak sanggup untuk mengkhianati prinsip perundangan negara, yang tak sanggup tunduk kepada tekanan mana2 pihak.. menilai berdasarkan fakta dari auta..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails