Sahabat adalah perisai diri

Thursday, November 13, 2008

Arsenal, MU jejak kaki saingan suku akhir


TEVEZ menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu United menewaskan Queens Park Rangers 1-0 dalam saingan Piala Liga di Old Trafford.

LONDON: Dua gergasi bola sepak Inggeris - Manchester United dan Arsenal boleh menyalakan impian memburu salah satu koleksi trofi musim ini apabila masing-masing melangkah gah ke saingan suku akhir kejohanan Piala Liga, awal pagi semalam.

Carlos Tevez menjadi wira pasukan dengan jaringan tunggal menerusi sepakan penalti pada minit ke-76 membantu United menewaskan Queens Park Rangers 1-0 manakala barisan didik Arsene Wenger yang berwajah muda menumbangkan Wigan 3-0 pada pusingan keempat.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson berazam mengekalkan pemain sampingannya pada suku akhir Piala Liga selepas gol Tevez membolehkan mereka melangkah ke kelompok lapan terakhir, musim ini.

sebutir kata:
MU harap bola penalti
Arsenal menggelegak darah muda
Bola bulat bukan bersegi
Tak kena golek team kuat pun kena..

2 comments:

  1. Man U fan ke..Koi pun sama...org Pahang ke..

    ReplyDelete
  2. Man U fan le kite, from Pg bro..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails