Sahabat adalah perisai diri

Monday, November 17, 2008

Harga minyak turun seciput lagi


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


sebutir kata:
KERAjaan macam bangga gila, berjaya turunkan harga minyak buat kali ke5. Tapi rakyat terus menderita akibat harga barangan yang telah naik tak mau turun.

Rakyat terus ditindas..

Mananya plan tindakan kumpulan elit dalam pentadbiran kerajaan BN dalam isu harga barangan keperluan yang kekal tinggi, amboi.. kalut sungguh hangpa dok berebut jawatan dalaman parti..

Rakyat terus menderita..

KERAjaan mesti bertanggungjawab atas kesalahan menaikkan harga minyak pada Jun lalu. Walaupun minyak sudah turun banyak kali namun harga barangan masih kekal tinggi menjerut leher.

Rakyat terus didera..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails