Sahabat adalah perisai diri

Friday, November 28, 2008

Hari Raya Haji 8 Dis.


KUALA LUMPUR - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

sebutir kata:
Selamat hari raya korban dan selamat berkorban jugak.. korbankan amalan yang buruk dan gantikan dengan yang baik even yang buruk tu lah susah kite nak tinggal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails